Thursday, April 9, 2009

it's a good attempt..

Barisan baru Najib sememangnya boleh dipuji dan wajar diberikan kredit kepada Najib. Peluang dan gabungan yang baik antara parti komponen BN sepatutnya berlaku dlm kabinet Mlaysia. Kita tidak mahu org Melayu shj ada di kabinet atau Cina dan India ketinggalan. wakil Sbah dan Srawk juga jgn ketinggaln kerana mereka adalah kubu kuat yg mempertahankan BN hingga sekarang.

Apa yg baik dalam kabinet Najib ialah barisan menteri yg dipilih. menteri-menteri yg bagus masih ada contohnya, Datuk Mustapha, Datuk Rais Yatim, Datuk Zahid Hamidi. Cuma sy fikir orang-orang PAKLAH nampaknya dibuang. Datuk Amirsham dan Muhd Taib terpaksalah meninggalkan gelangang pengurusan buat sementara. Datuk Sharizat juga nampaknya kembali ke kementerian lama dan Tan Sri Nor Yaacop pula diamanahkan menjaga unit perancang ekonomi negara. Ini semua satu usaha yg baik untuk berubah ke arah pentadbiran yang cekap dan mengutamakan rakyat. Sy harap cogan'Performance now' akan jd kenyataan dan bukn sekadar retorik..

Cuma apa yg dikesalkan ialah masalah pembangkang yg tidak habis-habis membangkang perkara yg bukan2. Sy tahu pembangkang memang kena bangkang tp logik la sikit. Suara Keadilan baru mengeluarkan kenyataan Syed Husin Ali Penasihat Keadilan yg mengatakan kabinet Najib menidakkan suara rakyat dek kerana 6 orang ahli dipilih daripada mereka yg kalah dan tidak bertanding dlm pilihan raya.( sy tak tahulah plak ahli kabinet kena org yg dipilih rakyat, mungkin artikel 190 dalam perlembagaan kot)ini bukn argument yg baik drpd pemikir yg hebat. Pilihan rakyat tidak semestinya terbaik, kabinet perlu dipilih drpd org2 yg ada pengalaman pengurusan dan bkn soal masuk pilihan raya atau tidak. Lihat saja di US, org yg mengetuai department bkn org2 yg bertanding dalam pilihan raya pun tetapi pakar dalam bidang masing-masing.

Khairy yg tidak dipilih sebagai barisan Najib juga dikritik kerana Khairy bknlah org yg taat pada Najib. pelik bukan? Adakah hari ini Keadilan suka kepada Khairy atau sikap Khairy itu memang sentiasa ada pada Keadilan? Mungkin juga, dasar Keadilan hari ini ialah melantik ahli-ahli yag korup. manalah kita tahu..

Tp pokoknya, sy puji Najib yg tidak masukkan Khairy ke dalam Kabinet walaupun rakan baik beliau Datuk Razali Ibrahim jadi Timbalan Menteri dan memilih Datuk Mukriz sebagai Timbalan juga. Ini penting utk menjaga reputasi UMNO dan BN yg mahu kabinet yang menentang rasuah. Soal 6 org itu sy kira argument yg dangkal daripd Keadilan, sedangkan ramai lg ahli Kabinet yg dipilih daripada Dewan Rakyat. Jadi apa masalahnya??? Saya tak tahulah nanti bila Keadilan jd kerajaan, maka Anwar akan jd PM, Azizah akan jd TPM, Izzah akan jd Menteri dan semua ahli keluarga dan rakan2 lama jd menteri. bagus jugak kan?? kerajaan famili ceria haha..

Sy bukan pro UMNO atau anti Keadilan cuma usaha hendaklah dipuji dan kritikan harus berdasarkan usaha dan fakta yg logik. Bukan semua baik daripada pembangkang dan bukan semua buruk daripada kerajaan. Cuma, yg lebih menakutkan ialah apabila adanya kesalahan drpd pembangkang yg dianggap baik oleh rakyat dan itu lebih bahaya daripada perkara baik yang dianggap buruk.

Apapun, buat Najib, teruskan perubahan. sy sokongan kajian semula ISA yang ingin dilakukan.

BY SAnG pEcINtA..

Wednesday, April 8, 2009

Najib Kalah di 2 BUKIT & menang di 1 BATANG




Kekalahan besar BN dalam by-election memberi satu gambaran jelas. Justeru ini adalah pesanan ringkas untuk Perdana Menteri baru saya..!!! Kami tidak bodoh dan tidak mahu terus diperbodohkan. Najib mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengembalikan hak rakyat dan apa yang lebih penting keyakinan dan hati rakyat harus diambil kira. Retorik kerajaan bebas rasuah terus dinantikan dan apa yang lebih penting bebas dari kronisme. Tunggu dan lihat barisan baru kabinet Najib Tun Razak.

By: Pujangga Rimba