Isu semakin menjadi isu hangat. semua org dengan pandangan masing-masing. Ada yg kata BN btol ada yg kata pakatan rakyat btol. apa pun, atas landasan undang-undang kita perlu nilai balik apa yg berlaku.. Perkara pokok yg penting adalah tentang pemecatan Menteri besar.
Sy kira bkn pemecatan sebaliknya peletakan jawatan. sebab apa??? Itu yg dinyatakan dalam Artkel 16(6) dan 16(7) dalam Perlembagaan Perak. Begitu juga dgn Artikel 43(4) and (5) Perlembagaan Persekutuan. Semua ini menyatakan Menteri Besar tidak boleh dipecat sebaliknya perlu meletak jawatan sekiranya hilang majoriti yang menyokong dalam Dewan Undangan Negeri dan sekiranya permohonan kpd Sultan untk membubarkan ADUN gagal dan ditolak. soalnya bagaimana jika Menteri Besar tidak mahu berhenti??
Inilah lacuna dlm undang-undang Malaysia. Kedegilan Nizar utk berhenti mnjadi isu yg besar kerana dia yakin dia masih Menteri besar kerana pemecatan oleh Sultan tidak sah kerana undi majoriti dewan tidak dibuat dalam ADUN. Ini perkara yg perlu dijelaskan dan difahami tak kira pembgkg atau kerajaan. ini bkn soal pemecatan. tetapi mgkin Sultan has no choice utk pecat dia disebabkn kedgilan utk meletak jwtn. Nizar memg kna letak jwtn. itu yg tersurat dalam Perlembagaan Perak sebab permintaan utk bubar ADUN ditolak.
Soalan?
-Kenapa Nizar minta pembubaran ADUN kalau dia sendiri tidak yakin dia ada majoriti bila 4 org ADUN meniggalkn pakatan Rakyat dan menyokong BN?
-Tindakan itu dilakukan susulan selepas BN mengumumkan mempunytai majoriti.
-Kenapa Nizar tidak minta Sultan utk buat urgent meeting utk tentukan vote of confidnce pada dirnya? atau sekurang-kurangnya minta porogue utk semua ADUN bercuti.
Inilah silapnya Nizar, akhirnya dia perlu meletak jawatan.
vote of no confidence
Ini adalah salah satu cara yg paling baik untk menyingkirkn Menteri Besar ( kes Stephen Klaong Ningkan) tetapi tidak bermakna cara lain tidak dibenarkan.( kes Dato Amir Kahar). dalam kes Perak, sidang ADUN masih tertangguh dan Sultan ada budi bicara untuk menentukan majoriti dan menolak permohonan membubarkan ADUN. Kuasa ini tidak boleh dipertikaikan.
Nizar seharusnya meletak jawatan dan melawan kes ini di Mahkamah. barulah dikatakan menghormati undang-undang.
Isu pelantikan Zambry pula, sy pelik kenapa perlu dilakukan segera seolah-olah BN tidak sabar utk menawan Perak. apa pun,Zambry memng sah dilantik kerana mempunyai majoriti dan Sultan berhak melantik Zambry. tetapi, bg sy Zambry harus memanggil urgent meeting utk membuktikan yang sebenarnya dia mempunyai majoriti dan buat vote of no confindce.
Masalah paling besar pada Speaker yg asyik menjadi dalang dan sgt daif dalam perlembagaan. dia seharusnya memanggil semua ADUN dan tidak menghalang Zambry dan 9 exco utk datang. panggil dan buktikan usul tidak percaya kepada Zambry. tetapi syg, dia lakukan tindakan pengecut hanya memanggil ADUN pakatan Rakyat shj.
Sekarang ini bkn isu dua Menteri Besar lg, hanya Mahkamah yg berhak menentukan. sepatutnya, dari awal mahkamah diajak dalam permasalahan ini dan bukan hanya mengikut polemik politik. rule of law bkn sekadar laungan tetapi pemahaman pada undang-undang dan kepercayaan kepada mahkamah.
Sekarang, isu semakin hangat ttg pemecatan Speaker. adakah ia sah? atau sekadar terpaksa? apapun. sy harap failkn sahaja di Mahkamah dan hormati sidang yg berlangsung. kepada penyokong baju hitam, hormatilah persidangan dan undang-undang. Memang sah org lompat parti dan sah sebenarnya kudeta yg dilakukan oleh BN andai mahkamah tidak membuktikan ia salah. kalau anda mahu hukum BN, bukan sekarang tetapi PRU nanti.
Namun, sebelum menghukum fikirlah dengan waras,
Siapa yg memulakan dulu isu lompat parti, bila kalah cuba pula menuduh kudeta kepada org yg melakukan.
Siapa pula yg asyik dengan rule of law tetapi dasar partinya mahukan Malaysia yg samarata sedangkan dalam perlembagaan Artikel 153 menyatakan ada keistimewaan kepada org Melayu dan Sbah n Sarwak? adakah ini cakap serupa dengan apa yg dibikin? adakah wajar utk tidak menghormati perlembagaan?
Siapa yg melampaui batas untuk menghalang org menghadiri sidang ADUN dan akhirnya terpaksa melakukan perkara itu di bwh pokok?
Siapa pula yg menghalang ahli ADUN selama 18 bulan yang sebenarnya ,melampaui kuasa yg ada padanya?
Jawapannya pada anda untuk menilai terutama golongan muda yang kini merasa selesa dan kadangkala berasa liberal dan tidak mahukan apa yg ada pada Perlembagaan.
Ada pula yg semakin alim yang menyokong perjuangan atas nama Islam tetapi bersekongkol denga puak yg tidak menerima Islam demi kepentigan politik, dan ada pula org muda yg hanya mengikut tanpa berfikir apa yg baik atau yg buruk serta kesannya pada masa akan dtg..
Inilah sikap kita sekarang, kita nampk gula2 yg sedap di depan mata, tetapi kita lupa dan tidak terfikir ttg siapa yg meberi dan membuatnya yg sebenarnya datang dr musuh kita..perkara ini bukan baru, zaman Melaka, zaman kejatuhan empayar Islam di Sepanyol. semuanya dek fikiran anak muda yg cetek..fikirkan lah..
-sang pecinta-
Thursday, May 7, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)