Sunday, March 29, 2009

APA ITU KATA LUKA?

Ada apa dengan cinta?

Kalau Karl Max menganggap agama adalah candu bagi manusia tapi pada aku beliau salah kerana cinta adalah candu bagi manusia. Manusia sering leka dibuai cinta, tak kiralah cinta monyet ker, cinta romeo ker atau cinta dengan juliet. Macam-macam manusia jadi sebab cinta, ada yang jd buta kerna cinta, ada pula yang jadi gila kerna cinta. Pokoknya, manusia lahir atas sebab cinta, hidup pun atas cinta. Pada mereka yang belum merasa cinta, mereka rugi kerna tidak dapat merasa candu bagi manusia. Cinta, sayang dan suka, itu antara nukilan kata pujangga cinta tapi apakah yang mereka tahu mengenai semua itu? Apa beza cinta, sayang dan suka? Kadang-kadang manusia sering memainkan perasaan lain dengan kalimah-kalimah ini. Ada wanita yang menjadikan alasan "saya tak cinta awak, saya cuma sayang awak", dialog ini sering menjadi siulan pada mereka yang bosan dengan cinta. Mungkin individu seumpama ini tidak mengerti erti bait-bait perkataan yang diucapkan, adakah ianya sudah menjadi klise dalam kehidupan. Kesian dan simpati pada mereka yang dipermainkan oleh perkataan ini. Pada aku suka ialah apabila aku suka bersama dengan dia, dan apabila aku suka tengok muka dia, manakala sayang pula apabila aku nak hidup bersama dengan dia menjadikan dia sebagai teman hidup ku, mungkin juga sebagai permaisuri dihati aku tapi cinta merupakan satu kalimah yang besar, agak sukar untuk diucapkan keran ianya membawa satu tanggungjawab yang besar. Kenapalah manusia kini sering bermain dengan kalimah cinta sedangkan mereka sendiri pun tidak tahu mengenai makna cinta itu sendiri. Mungkin ramai menanggapaku bodoh kerana takut untuk meluahkan rasa cinta tapi aku rela menjadi bodoh dari terus melukakan.....
By: Pujangga Rimba

No comments:

Post a Comment