Friday, March 27, 2009

harapan rakyat...

Timbalan Presiden umno

1. Kajiselidik di kalangan 592 pengundi Melayu mendapati 61% menyokong Tan Sri
Muhyiddin Yassin untuk jawatan Timbalan Presiden berbanding 14% dan 8% masingmasing
untuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.
Untuk jawatan Naib Presiden, di kalangan pengundi Melayu, Datuk Seri Hishamuddin
Hussein muncul sebagai calon pilihan (17%) diikuti oleh Datuk Seri Ahmad Zahid
Hamidi (13%) dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal (8%).

Ketua Pemuda UMNO
2. 52% daripada pengundi memilih anak bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir,
Mukhriz, sebagai calon pilihan untuk Ketua Pemuda UMNO berbanding 11% untuk
Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Mohd. Khir Toyo.

Ketua wanita
3.51% daripada pengundi memilih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ketua Wanita
berbanding Datuk Seri Rafidah Aziz (26%). 26% menyokong Shahniza Shamsuddin
sebagai Ketua Puteri menjadikan beliau sebagai calon paling popular untuk jawatan
tersebut.


-laporan Merdeka Center Research...

No comments:

Post a Comment