Apabila berbicara tentang cinta, aku suka bertanya tantang maksud cinta dan bagaimana orang melaksanakannya. Cakap memang mudah. Aku cinta padamu(mcm lagu Siti) tp sebenarnya kita mencintai dia bkn kerana orang itu sebaliknya kerana perkara lain.
Mungkin ini tidak dipersetujui tp realitinya ia berlaku di kalangan kta. Sebab itulah, kes penceraian asyik sahaja meningkat dari tahun ke tahun.statistik menunjukkan penceraian di Malaysia bagi pasangan Islam meningkat sebanyak 2 kali ganda dari tahun 2000 hingga 2007. Pasangan muda yang dahulunya asyik memadu kata cinta akhirnya karam di dalam lautan perkahwinan. Orang dulu tak bercinta sgt tp kekal lama juga. Kadang-kadang jmp baru sehari dah terus kena kahwin. Itu zaman dulu, sekarang ni...tak dapat lah.
Namun pokok persoalannya ialah cinta. Kenapa dahulu cinta dan tiba-tiba apabila kahwin semuanya hilang begitu sahaja. Cinta bukan lagi jd pegangan sebaliknya setia hadir dek kerana ikatan perkahwinan semata- mata ataupun kerana anak-anak. Lihat sahaja kes Beego yang bercinta 9 tahun bagai nak rak tp kahwin tak sampai tiga bulan. Tgk kisah AC lagi teruk sampai benci-membenci dan saman-menyaman. Pelik tp benar. Mana hilangnya cinta?? Atau cinta itu tidak ada? Ataupun cinta ini bukan utk semua?? Jawapan paling mudah ialah takdir penentu segala..
Kalau bicara soal takdir semata-mata, susah juga. Kerana apa yang berlaku semuanya sudah tersurat. Kalau begitu, tak payah berubah kerana semuanya takdir Tuhan. Takdir ini takkan berlaku sendiri kalau kita berusaha. Allah bukan kejam apatah lagi zalim. Dalam firman Allah, menyatakan nasib sesuatu kaum takkan berubah kalau kaum itu sendiri mengubahnya. Sama juga dalam soal cinta.
Begitulah cinta, sukar untuk ditafsirkan. Saya tertarik dengan salah satu dialog dalam cerita Defintely Maybe. Seorang anak perempuan bertanya kepada ayahnya tentang bekas isterinya. “Why do u in love with your wife??” Si bapa pun menjawab, “Because she is beautiful,smart and fun”. Dan anaknya bertanya kembali, “ So now, she is stupid,ugly and boring?”
Si bapa terpinga-pinga utk menjawab. Akhirnya, si bapa pun sekadar menidakkan kata-kata si anak. dia sendiri tidak tahu utk menjawab soalan itu. Sememangnya, cinta ini pelik. Semasa bercinta lautan api mahu diduga tapi selepas berkahwin tolong ambil air pun jadi isu besar. Hm...
Apa pun, orang zaman sekarang ini bercinta bukan lagi atas dasar cinta. Semuanya kerana harta, rupa mahupun populariti dan kuasa. Sebab itu tidak hairanlah, ramai anak-anak gadis mengahwini jejaka-jejaka tua semata-mata demi harta. Atau pun bercinta dengan anak org kaya utk dapatkan duit.
Tapi, bila dah jatuh miskin, dah sakit, dah tak popular, mulalah salahkan satu sama lain. Itu tak kena, ini tak kena. Lepas itu, kayalah lawyer Syariah untuk menguruskan kes mereka.
Cinta ini bukan perkara main-main apatah lagi perkahwinan. Kalau kita cinta org kerana rupa, rupa juga kan musnah ditelan usia ( tp sy tak kata anda kena pilih yg buruk ek). Kalau kita cinta kerana duit, maka tidak kekal lah bahagia kerana cinta kan hilang apabila duit semakin kurang. Kalau kta cinta kerana populariti, maka kalau hilang popularnya, cinta akan pudar. Tetapi kalau kita cinta kerana budi dan agamanya atau kita cinta kerana dirinya, maka ia akan kekal selamanya. Kerana usia, duit dan kuasa akan hilang tetapi nilai diri takkan pudar sehingga mati.
Akhirnya, cinta ini bukan boleh dipaksa atau diterima semudahnya. Namun, cinta boleh disemai dalam hati yang ikhlas untuk mencintai. Jgn kerana cinta kita hilang sahabat mahu pun keluarga, jangan kerana cinta kita hilang maruah dan jati diri. Sesunguhnya cinta itu suci.
-sang pencinta-
Tuesday, March 31, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment