Thursday, March 26, 2009

pemilihan umno: adakah benar-benar berubah??

Tanda tanya yg membelenggu pemikiran rakyat sudah jelas. pucuk pimpinan umno sudah pun selesai. kta sedia maklum sejak BN hilang mandatnya di Parlimen lg, tentang perubahan yang akan dilaksanakan. semua org suka perubahan dan sy yakin seantero masyarakat menanti perubahan yg dijanjikan. saya tidak pernah harap pada janji Melayu sebab sememang kalau kita janji dgn mereka pastinya 'janji Melayu' lah yg kita dpt.

Au revoir, buat Pak Lah yang telah melaksanakan legasi dua penggalnya sebagai PM. Terima kasih byk2 atas sumbangan yang anda laksanakan. saya suka pada pendekatan Islam Hadhari yg asyik dikutuk pembangkang Pas sehingga sanggup mengharamkannya di Selangor. Parti ISLAM MENGHARAMKAN ISLAM HADHARI???( lawak bukan) tp. Biarkan lah..terima kasih juga pada beliau yg pernah berjanji untuk membuat pengumuman terhadap 18 nama org kenamaan yg melaksanakan rasuah namun hasilnya??? Mungkin sekarang org2 itu ghaib atau pun sudah taubat nasuha. Jangan lupa juga pada Suruhanjaya Pelantikan Hakim yang sememangnya bercanggah dengan Artikel 122b Perlembagaan Persekutuan namun, atas desakan akibat kekalahan besar BN, suruhanjaya ini terbentuklah. Itulah akibatnya dasar yg tergesa-gesa.

Baiklah. Cukuplah sy beritahu segala jasa dan amanat Pak Lah. mari kita komen pula pemilihan UMNO 2009. UMNO (baru) ini sebenarnya mengalami masalah yg besar. politik wang yg berlaku, upacara cantas-mencantas pemimpin dan integriti yg bermasalah. Semuanya luka yang masih belum terubat. Kita dikejutkan dengan hukuman larangan bertanding pd Datuk Ali Rustam akibat masalah politik wang dan juga calon Ketua Pemuda, yg bakal memimpin generasi baru juga disabitkan kesalahan. namun, atas sebab-sebab tertentu, YB Khairy hanya diberi amaran shj.

Namun yang peliknya, bagaimana pemimpin yang telah ada masalah integriti dipilih menjadi KetuaPemuda UMNO. Adakah itu perubahan yang dijanjikan?sedangkan perwakilan yang beriya-iya mahu menghapuskan rasuah memilih mereka yg baru seminggu disabitkan kesalahan rasuah. logiknya, ia sesuatu yang pelik dan membimbangkan. sy tahu ini hak demokrasi perwakilan UMNO, mungkin itu pilihan 'terbaik' bagi mereka. Tetapi, sy bimbang UMNO kembali parah dan tidak berubah, cukuplah segala janji yang ditaburkan pada rakyat dahulu yg belum terlaksana, janganlah ditambah lg sengsara kerana rakyat bukan bodoh untuk ditipu.

Sy harap mereka yg terpilih jgn asyik sibuk meniru Obama yang menjadikan 'Change' sebagai slogannya. Buktikan pada masyarakat. Tahniah buat YB Shahrizat yang telah berjaya mendapat kerusi Ketua Wanita UMNO. Semoga perjuangan anda diberkati. apapun, yg berlaku rakyat hanya mampu melihat sedangkan ahli UMNO yg berdaftar juga hanya sekadar melihat kerana itulah tradisi UMNO yang mengamalkan undian perwakilan dan bukan ahlinya. Mungkin kalau ahlinya yg memilih, takut-takut Malaysia muflis pula.

apapun, teruskan usaha ke arah memartabatkan bangsa..

UMNO TERUS MAJU..

-eziqa-

2 comments:

  1. tak perlu peroalkan integriti daam UMNO.
    macam mana boleh terjadi kemenangan berpihak kepada KHAIRY sedangkan pada kiraan pertama sudah berpihak kepada MUKHRIZ. hampir berlaku konfrontasi di dewan namun tidak dihebohkan media sahaja.

    ReplyDelete
  2. kita perlu persoalkan kerana masalah ini lah..masalah politik wang yg berlaku

    ReplyDelete